BUDAYA 369 diasas dan dicipta oleh CDM Madun B. Buyong dan mula diperkenalkan pada tahun 2004.

BUDAYA 369 merupakan olahan ciptaan CDM Madun yang dibentuk sesuai mengikut kehendak, keperluan, kesenangan, nafsu dan sebagainya iaitu perkara yang orang-orang Melayu selesa nak buat.

Berlandaskan sistem dan syarat-syarat pemasaran syarikat Hai-O Marketing maka lahirlah BUDAYA 369 yang memudahkan orang-orang Melayu untuk berjaya dengan lebih mudah, cepat dan berkesan berbanding cara tradisi atau kebiasaan perlaksanaan kerja dalam perniagaan MLM iaitu sebagai PENGEDAR / JURUJUAL.

BUDAYA 369 membuka dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja. BUDAYA 369 menyediakan pelan tindakan yang selamat kepada ahli. Dalam BUDAYA 369 mempunyai TEMPOH BERTENANG dimana ahli tidak perlu risau tentang masalah kewangan dan menggunakan TEMPOH BERTENANG untuk menuntut ilmu dan melakukan praktikal tanpa sebarang risiko. TEMPOH BERTENANG mengikut keadaan semasa sekarang adalah selama 18 bulan atau 1 tahun 6 bulan. Tidak dinafikan telah ada ahli yang mengamalkan BUDAYA 369 dalam TEMPOH BERTENANG berjaya mencapai pangkat CDM (pangkat tertinggi) dengan pendapatan 5 angka dalam tempoh 3 bulan, 9 bulan atau kurang dari 1 tahun.

BUDAYA 369 adalah platform untuk ahlinya bermula sebagai USAHAWAN dengan memperolehi pendapatan semaksimum mungkin yang dibayar oleh syarikat. Melalui BUDAYA 369 pendapatan pertama yang dicadangkan adalah serendah RM4700 dan tiada had maksimum. Ini terbukti apabila ada dikalangan ahli baru yang mencatat rekod dengan mendapat pendapatan pertama 5 angka.

BUDAYA 369 turut menekan keperibadian mulia sebagai orang Islam, menuntut ahlinya supaya berubah sikap menjadi insan yang baik, beretika ketika berurusan, bertanggungjawab kepada rakan kongsi agar pendapatan yang diperolehi secara halusnya adalah pendapatan yang HALAL.

BUDAYA 369 berkehendakkan ahlinya menjadi bijak dan boleh berfikir sendiri seterusnya mampu berdikari dalam meneruskan dan mengembangkan perniagaan ini.

BUDAYA 369 melahirkan PEMIMPIN / KHALIFAH yang boleh memimpin, memberi tunjuk ajar, membantu dalam pelbagai sudut agar semua rakan kongsi yang dipimpin beroleh kejayaan yang sama atau lebih baik.

BUDAYA 369 ni kalau Donald Trump dapat kompem meletup-letup kat sana... Perkara ini terbukti apabila kumpulan lain dalam Hai-O dan beberapa pengamal MLM dari lain-lain syarikat menggunakan asas yang sama dan menukar mengikut kesesuaian dan kepentingan mereka.
edit by AWIE,,,